Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata

 

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah. Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror. Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme. Teruskan membaca

DI KALA AS MENDENDANGKAN KEDAMAIAN


Artikel

Dua pekan lepas The Washington Post melaporkan bahawa majoriti daripada sidang Foreign Affairs Committee (Kongres Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat), telah menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi berkenaan ‘Armenian Genocide’, yang mendakwa telah berlakunya pembantaian massa secara kejam terhadap orang-orang Armenia oleh pemerintahan Khilafah Turki Othmaniyah dalam tahun 1915. Resolusi yang tidak mengikat itu mendapat undi 27 lawan 21  dari Senat, Keputusan ini telah memanaskan hubungan politik di antara negara Turki dengan Rejim AS yang diterajui oleh Bush. Adam Schiff, selaku jurucakap sidang itu memberitahu bahawa walaupun genosid itu telah lama berlalu sekian lama dahulu, namun ia masih lagi membayangi rakyat Armenia ketika ini, kerana ia melibatkan kehilangan sanak saudara dan juga kaum kerabat terdekat.[Washington Post, Khamis, 11.11.2007] Namun, presiden Bush kelihatan cuba menutup dakwaan pihak kongres terhadap pemerintahan Turki itu. Pada dasarnya, Bush sendiri kini berada di dalam dilema kerana Turki mengugut jika resolusi tersebut diiktiraf, maka karajaan Erdogan akan menarik balik kerjasama ketenteraan dengan rejim AS. Teruskan membaca

MALAYSIA LANCAR PROJEK BANGUNKAN PANTAI TIMUR

Libatkan pelaburan $48.7 bilion menjelang 2020 KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam melancarkan projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) yang bakal menukarkan kawasan itu menjadi pusat pembangunan pertanian, tenaga dan pelancongan menjelang 2020, melibatkan pelaburan sebanyak RM112 bilion ($48.7 bilion). Teruskan membaca

Dr Sheikh Muszaphar buat persiapan pulang

Laporan A Halim Yusof di Moscow


HASIL DINANTI: Dr Sheikh Muszaphar meletakkan kotak ketiga kajian sel di belakang panel kawalan untuk disimpan pada suhu paling optimum di ISS, semalam.

Soyuz TMA-10 bawa angkasawan pertama negara mendarat Ahad

KUALA LUMPUR: Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kini sibuk membuat persiapan untuk pulang ke bumi Ahad ini. Teruskan membaca