MALAYSIA LANCAR PROJEK BANGUNKAN PANTAI TIMUR

Libatkan pelaburan $48.7 bilion menjelang 2020 KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam melancarkan projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) yang bakal menukarkan kawasan itu menjadi pusat pembangunan pertanian, tenaga dan pelancongan menjelang 2020, melibatkan pelaburan sebanyak RM112 bilion ($48.7 bilion).

Datuk Seri Abdullah mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM6 bilion untuk fasa permulaan Ecer semasa merasmikan projek itu di Taman Awam Batu Burok di sini semalam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; serta anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, yang mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut hadir dalam majlis itu.

Ecer dengan pelaburan berjumlah RM112 bilion dalam masa 12 tahun merupakan wilayah pembangunan ketiga dilancarkan beliau tahun ini, selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

‘Kami menjangka ia akan mewujudkan lebih 560,000 pekerjaan baru di koridor ini sepanjang 12 tahun akan datang,’ kata Datuk Seri Abdullah.

Menurutnya, pelan berkenaan termasuk menaik taraf lapangan terbang, jalan raya, pelabuhan, dan kemudahan telekomunikasi.

Petronas merupakan perancang utama pelan Ecer yang meliputi Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor, melibatkan kawasan seluas 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus keluasan Semenanjung Malaysia.

Petronas juga berminat melabur di wilayah berkenaan. — Reuters, Bernama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: