TUNTUTAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) DI BAWAH AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA, 1969

Untuk makluman, PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan (Employment Injury Insurance Scheme) dan Skim Pencen Ilat (Invalidity Pension Scheme).

A. SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

1. PERLINDUNGAN

I. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya

II. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

III. Kemalangan Semasa Kecemasan

IV. Penyakit Khidmat

2. FAEDAH-FAEDAH

I. Faedah Perubatan

II. Faedah Hilangupaya Sementara

III. Faedah Hilangupaya Kekal

IV. Elaun Layanan Sentiasa

V. Faedah Pemulihan

VI. Faedah Orang Tanggungan

VII. Faedah Pengurusan Mayat

VIII. Faedah Pendidikan

B. SKIM PENCEN ILAT

1. FAEDAH-FAEDAH
I. Faedah Pencen Ilat

II. Bantuan Ilat

III. Elaun Layanan Sentiasa

IV. Pencen Penakat

V. Faedah Pengurusan Mayat

VI. Faedah Pemulihan

VII. Faedah Pinjaman Pendidikan

Pekeliling ini hanya menggariskan secara ringkas tentang tuntutan Faedah Hilangupaya Sementara dan Faedah Hilangupaya Kekal di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan seperti di Lampiran 1.

Lampiran1

FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA
Pembayaran Faedah
· Bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor. Jumlah hari tidak berupaya kerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan
· Akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Faedah tidak akan dibayar pada hari pekerja datang bekerja dalam tempoh cuti sakit

Cara Tuntutan
· Borang 21(Laporan Kemalangan)
· Borang 10 (Borang Tuntutan)
· Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
· Salinan kad pengenalan
· Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
· Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
· Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, perlu sertakan dokumen tambahan iaitu Laporan Polis dan Peta Lakar Tempat Kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat (Occupational Disease), tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan:
· Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
· Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
· Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
· Borang 10 (jika ada cuti sakit)

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan oleh anggota hendaklah dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.

FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL
Hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.

Cara Tuntutan
· Borang Permohonan
· Salinan Kad Pengenalan
· Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
· Borang 10 (Borang Tuntutan)
· Borang PKS(F)1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
· Nombor dan salinan buku akaun untuk pembayaran terus ke akaun simpanan

Tempoh Tuntutan
Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan sijil cuti sakit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: