MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama….. ..Bismillahirrahm anirrahimWbrth!!!

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh UstazahNoorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggungkesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
‘Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apayang kamu sorokkan di tanganmu?’

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- ‘Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telahbermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.’Balas gadis tadi.

‘Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.’

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.’Aku bermimpiberjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku memintadiberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hinggapeluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.’
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
‘Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul kejudan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskankedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantasaku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketikahidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteriyang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua bendaitu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkankepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihanhartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedangmenjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. ‘Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggungazab di neraka.  Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama’

Lalu dijawab oleh ayahnya. ‘Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurgatelah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinyakerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia’

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduksedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambartanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.’
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalirdi pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalumenadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadistersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliaudan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, ‘Wahai anakku, pulanglah…
..Banyakkanbersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.
Mudah-mudahansegala dosanya terampun. INSYALLAH’

Tinggalkan komen