UMNO buktikan tradisi berkhidmat untuk rakyat

Rakyat diminta terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini bagi membolehkan parti itu terus diberi mandat untuk memberikan perkhidmatan dan membangunkan negara.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti UMNO bersama parti komponen yang lain telah membuktikan kepada rakyat bahawa ia adalah sebuah parti yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sejak dahulu lagi.

Katanya, UMNO juga membuktikan keupayaannya untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam pelbagai perkara melibatkan ekonomi, sukan, budaya dan sosial dengan berkesan.

”Rekod perkhidmatan BN telah terbukti sejak merdeka lagi. Atas sebab itu, rakyat tidak putus-putus menyokong BN dan UMNO kerana mereka tahu parti ini berorientasikan perkhidmatan.

”BN memberikan perkhidmatan sepanjang masa kepada rakyat dan ada di mana-mana sahaja. Ini yang menambat hati rakyat untuk terus menyokong dan mengundi BN,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Isu Semasa yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Negeri Perlis.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid dan pemimpin-pemimpin UMNO Perlis.

Muhammad memberitahu, sepanjang tempoh 50 tahun lalu, BN juga membuktikan perkhidmatan yang diberikan oleh parti itu adalah sepanjang penggal dan tidak seperti pembangkang yang hanya ‘timbul’ empat tahun sekali.

”Perkara ini sangat jelas apabila pembangkang hanya ‘terjaga’ apabila tiba musim pilihan raya. Kemudian mereka membuat kacau dengan mengadakan ceramah-ceramah yang menyentuh hal peribadi calon.

”Pembangkang juga tidak mempunyai dasar perjuangan yang jelas apabila hanya mengambil isu-isu popular seperti kenaikan harga minyak dan barang untuk meraih undi tanpa menyatakan alternatif terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.

Menurutnya, dari segi perjuangan juga pembangkang tidak mempunyai persefahaman apabila tidak bersatu dalam membuat sebarang keputusan dan dasar yang jelas.

”Ini sangat berlainan dengan BN apabila mempunyai dasar, objektif yang sangat jelas tentang ekonomi, pelajaran, sukan, sosial, budaya, belia dan lain-lain,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: