KELANTAN: Di sebalik Serban itu

Ramai orang cakap..
“apa pembangkang dah buat?tau cakap je”
“berpolitik 24 jam”
“maki caci orang lain”
“tak ada idea pembangunan”
“tak pandai tadbir”
“bla..bla..bla..prffftttt…bla..bla..sarban..prfffttttt”

memang pembangkang tak ada apa nak tunjuk sebab belum memerintah negara..tapi pembangkang dah tunjuk bagaimana hendak mentadbir dengan baik..dengan meletakkan agama sebagai asas memerintah sebuah kerajaan negeri..apa yang terhasil bukan sahaja rakyat yang berilmu tetapi sebuah kerajaan yang cukup bijak menguruskan ekonominya..contoh lain tak dapat diberikan sebab negeri lain pembangkang tak perintah..so, jom kita lihat apa dasar kerajaan kelantan dan pencapaiannya:

Dasar Kerajaan Negeri Kelantan

“Membangun Bersama Islam”
1. lulus enakmen syariah II (1993)
2. Dasar Islam dalam kebudayaan negeri (1998)
3. Prinsip Islam dalam enakmen kawalan Hiburan
4. Kuatkuasa etika pakaian Islam
5. Lulus dasar pelancongan berprinsip Islam
6. Gadaian Islam (Ar-Rahn) sejak 90an
7. Tak keluar lesen judi dan premis maksiat
8. Tutup Kelab Malam dan tak keluar lesen premis hiburan

“pendidikan”
1. 24 Maahad Tahfiz – terbanyak di malaysia
2. maahad tahfiz aliran sains-pertama di malaysia
3. sekolah animasi (Darul Digital) pertama di malaysia -OD tambah: kelantan berjaya buat dengan RM3 juta je..jamaluddin jarjis nak buat sampai RM100 juta lebih!
4. Kolej Islam bertaraf antarabangsa – berjaya hasilkan profesional bertaraf ulama yang berjaya

“Ekonomi”
1. Berjaya membayar hutang yang ditinggalkan kerajaan BN tanpa membuat hutang baru – OD tambah: pahang defisit sampai 400 juta apo hasilnya?kedah hutang RM2 billion..terer sangat tadbir negeri?
2. Meletakkan kelantan dr tempat ke2 miskin tegar semasa BN perintah ke tempat ke 6..
3. KB Mall kalahkan SOGO untuk wakil negara ke belanda – OD tambah: pertandingan sapo lepak paling lama kot

“Kebajikan”
1. Program Ladang Rakyat – untung disalur terus kepada rakyat yang pendapatan bawah RM530 sebulan (koridor depu kot)
2. Bantuan Armalah, anak yatim dan orang miskin – RM5 juta thn 2007..OD tambah: sikitnya..org miskin sikit sgt ke kat kelantan..kalau 5 juta kat selangor bantuan untuk orang kaya renovate dapur
3. Skim takaful kifaalah warga emas – pertama di malaysia – OD tambah: selangor dah mula tiru..si khairy sampai naik heran macam mana husam musa boleh serah duit cash kat waris si mati..begitu juga dengan mangsa kebakaran dapat cash 5 ribu..dia tanya mana datang duit tu.. kalau nak harap JKM..3 bulan rumah dah rentung pon belum tentu dpt duit
4. Bantuan kesihatan rakyat untuk pesakit kronik
5. program rumah dhu’afat untuk golongan daif – rumah milik sendiri!

“pentadbiran”
1. 17 tahun memerintah – tak ada satu dakwaan rasuah
2. negeri pertama perkenal loan kepada staf gomen tanpa faedah
3. lantik 15 pegawai tadbir wanita dan wakil kaum dalam pentadbiran
4. cukai pintu percuma. cukai MPKJ selangor naik thn depan
5. kadar caj bil air antara terendah di malaysia.

Dasar kelantan yang DITIRU negeri lain dan Pusat
1. pajak gadai Islam diterima pakai oleh YPEIM dan Bank Rakyat
2. Cuti bersalin drpd 42 ke 60
3. pelan Strategik pertanian juga ditiru negeri lain
4. Cuti hari sabtu<<ni semua org tau
5. Ayat Quran dan doa di tepi jalan
6. pasar malam dihentikan waktu magrib – ganu tiru
7. papan tanda menunjuk loksai masjid
8. konsep hotel Islam – pahang tiru
9. Pemotongan elaun tetap MB,TMB dan exco
10. dan lain2

banyak lagi..tapi boleh rujuk website2 yang berkaitan..kalau sebelum nak hentam yang pembangkang tau berdemo je dan pakai serban duduk kat anjung surau sembang kosong, carikla maklumat dulu..lepas ni nak hentam pon hentamla..den tau fakta2 ni akan dipertikaikan..biasala tu..

kes air kelantan – sebab apa kecoh dengan isu rasuah..sebab air kelantan satu tempat yang boleh buat keuntungan besar..sekarang ni air kelantan sedang cuba dirompak oleh kerajaan pusat untuk mentadbirnya (atau menjahanamkannya? )

persoalannya sekarang..adakah anda yang selalu kata pembangkang tak tau apa..tak pandai buat keje..asik cakap banyak..masih tak nampak atau masih tak cukup tempoh 17 thn untuk pembangkang buktikan keupayaannya..anuar musa cakap pas dah terlalu lama perintah kelantan..dah monopos..tapi husam kata BN perintah lagi lama..50 tahun..sapo yang dah menopos..sweet 17 pon dah menunjukkan kematangannya..tapi si tua 50?makin teruk!nak perintah negara bukannya susah sangat (tgk pak lah..bole tido lagi )..tapi bukanla jugak senang sangat..pembangkang mempunyai pakar2 di setiap kemeterian yang ada sekarang ni..cakap je..

kementerian kewangan?kita ada pakar..anwar pon bole..ade sorg nama Dr Rosli
kementerian dalam negeri?kita ada mat sabu..dia dah biasa selok belok penjara..lagipon dialah yang perjuang nasib polis masa dalam parlimen (sah kena gelak dengan father2 kat CI ni ) – sumber polis sendiri..tanyala
kementerian pelajaran?bersepah pakar pendidikan negara yang join pembangkang!
kementerian Luar Bandar?yang ni sah2 pembangkang expert..
kementerian pengguna?shafie sekang ni mmg tak afdhal!

banyak lagila..apa nak susah kalau pembangkang perintah..bukannya tiang lampu tiba2 hilang..jalan tar jadi tanah merah..paip air jadi telaga..banglo jadi setinggan..staf kerajaan tiba2 diberhentikan..

terengganu BN ambik balik..apa yang berubah kecuali surau dan mesjid dirobohkan?ok je..jalan tar masih ado..air paip masih ado..kato nak jadi rakyat kelas pertama..soal perubahan kuasa pon tak berani nak buat pilihan..tapi masih bising dengan keadaan sekeliling..bising Barang Naik.Berapa Naik? Baaaaaanyak Naik! harga minyak tu bukan tak boleh pon diturunkan..sekurang2nya 5 thn boleh kekal harga yang sama..

Satu Respons

  1. […] Berita Kelantan… KELANTAN: Di sebalik Serban itu […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: