Kenapa PRU Mesti Diadakan Bulan Mac Ini

 

a
Setelah tarikh pilihanraya disembunyikan oleh seorang PM. Tetapi diramal-ramal pak-pak nujum politik bahawa ia akan diadakan pada bulan Mac 2008 ini. Nujum politik lebih tahu apa yang disembunyikan oleh PM. Sungguh hebat Nujum politik telah mengalahkan kuasa besar milik seorang PM yang paling berkuasa di bumi Malaysia dalam bab politik kuasa, tentu tidak yang lain.


Apa rahsia disebalik ‘tarikh’ pilihanraya itu disembunyikan. Pasti seluruh politikus UMNO/BN, politikus BA/PAS/PKR/DAP, para penganalisis politik, malah sekalian rakyat jelata telah menjangkakan.

Sebab teratas ialah faktor DS Anwar Ibrahim. Jika diadakan pilihanraya selepas Mac 2008 ramalan Nujum politik Malaysia UMNO/BN berada dalam sukar. Kerana pengaruh DS Anwar Ibrahim masih berakar umbi dan melebar di seluruh negara. Bukan sahaja di dalam parti-parti BA, bahkan dalam UMNO/BN itu sendiri penyokong DS Anwar Ibrahim masih ramai dan kuat.

Seandainya Presiden PAS Almarhum Dato’ Fadzil Nor masih ada. Kombinasi dua pemimpin seangkatan itu pasti akan menggegarkan politik Malaysia. Namun, Allah telah merancang tika Dato’ Fadzil Nor memimpim perubahan pada 1999, DS Anwar pula dipenjarakan. Kali ini tika Dato’ Fadzil telah pergi meninggalkan kita. Muncul pengganti yang setara, iaitu Dato’ Seri Abdul Hadi.

Bila DS Anwar Ibrahim bebas. Kombinasi baru kepimpinan BA kembali menyegarkan.

Kemudian mendapat dokongan pelbagai kaum. Yang tak berani memberikan sokongan ialah mereka yang masih diikat oleh tali cinta kepada kebendaan yang menebal itulah yang membelit hati, akal, jiwa dan raga mereka yang melupakan sahabat dan kawan ketika sahabat ditimpa kesusahan.

Jika PM Pak Lah seorang yang hebat, berani dan berpengaruh. Dia akan umum pilihanraya 2,3 bulan yang lalu, sebagaimana PM Thailand umumkan pilihanraya di negaranya atau sebagaimana Presiden Pakistan umumkan pilihanraya negaranya atau sebagaimana Presiden Filipina, Aroyo juga umumkan pilihanraya lebih awal dan begitulah negara Amerika, Australia, Britain, Taiwan, China, Peranchis dan lain-lain juga mengumumkan awal pilihanraya negara masing-masing.

Kenapa perlu diumumkan awal. Tentu untuk memberikan keadilan kepada semua rakyat, termasuk parti pembangkang dan juga parti pemerintah. Lagi pun yang akan memilih pemimpin itu adalah rakyat. Bukannya oleh seorang PM sahaja. Kalau seorang PM bersama bini, anak, menantu dan MTnya sahaja yang mengundi wajarlah ‘tarikh’ pilihanraya itu disembunyikan memadailah yang tahu seorang PM dan Allah Yang Maha Mengetahui yang tidak perlu orang lain bagi tahu Dia tetap tahu sebab Dia-lah Yang Maha Tahu. Bukan PM Malaysia.

Kenapa ‘tarikh’ pilihanraya yang ‘disembunyikan’ itu masih ada yang tahu, iaitu pada bulan Mac 2008. Bukan selepas 14 April 2008. Walaupun jangka hayat pemerintah Pak Lah ialah pada April 2009. Jika PRU ke 12 diadakan pada 2009 peluang PM yang juga menjawat Menteri Kewangan, satu lagi peluang PM membentangkan Budget Negara 2009 yang lazimnya dibentangkan pada September tahun ini.

Sepatutnya Pak Lah sebagai PM yang punya kuasa mutlak menentukan ‘tarikh’ pilihanraya mesti melakukan kelainan dan perubahan serta pecahkan tradisi Mahathir yang seingat penulis tidak pernah mencukupkan ‘tempoh’ matang 5 tahun itu.

Bila Mac 2008 menjadi pilihan untuk Pak Lah adakan juga pilihanraya umum ke 12. Bererti Pak Lah telah mendapat ilham dan mimpi. Ilham dan mimpi itu mesti dituruti. Jika itulah ilham sebenar PM. Mungkin ilham itu tiba-tiba datang ketika berada dalam jet peribadi menuju ke Davos baru-baru ini.

Ada rahsia lain, kenapa pilihanraya umum ke 12 mesti diadakan pada Mac 2008 ini.

Apakah rahsia selain faktor takutkan pengaruh DS Anwar. Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Apapun faktornya, rakyat Malaysia yang layak mengundi, bijak memilih dan berjiwa merdeka. Yang penting kita mesti BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN BESAR DALAM POLITIK MALAYSIA DALAM PRU KE 12 nanti.

Perubahan hanya akan berlaku. Jika kepimpinan negeri dan negara beralih tangan daripada para pemimpin UMNO/BN yang rasuah, rosak moral, pecah amanah dan mementing diri, anak bini, menantu dan kroni kepada pimpinan BA/PAS/PKR/DAP dan rakan seperjuangan dalam BA yang lebih amanah, ikhlas, berwibawa dan menjaga kepentingan, kebajikan rakyat serta kedaulatan negara.

Ingat tahun 2008 adalah tahun perubahan dalam politik Malaysia. Thailand sudah berubah, Taiwan berubah, Indonesia berubah, Australia berubah, Peranchis berubah, Jepun berubah, England berubah, Turki berubah….Malaysia bila lagi mahu berubah….Pastikan tahun 2008 ini bilapun tarikh pilihanrayanya. Rakyat mesti berani membuat perubahan politik kali ini. Jika tidak akan bertambahlah beban rakyat. Minyak naik. Petrol naik. Beras naik. Tepong naik. Gula naik. Tol naik. Bayaran hospital naik. Air naik. Yuran sekolah naik. Yuran universiti naik…..segala-gala akan naik jika UMNO/BN terus berkuasa.

Sebelum terjadi apa-apa. Rakyat Malaysia mesti bertindak dari sekarang dengan mengubah parti pemerintah UMNO/BN kepada memilih dan mengundi calon-calon parti-parti BA/PAS/PKR/DAP dalam pilihanraya umum ke 12 nanti.

PASTIKAN seluruh ahli BA/PAS/PKR/DAP dan NGO’s yang mendokong BA, golongan mahasiswa/i, golongan belia yang layak mengundi, golongan wanita, golongan profesional, penjawat awam, ahli UMNO/BN yang cintakan keadilan dan kebaikan, golongan petani, nelayan, buruh, penoreh dan seluruh rakyat jelata MESTI MEMILIH DAN MENGUNDI CALON-CALON BA/PAS/PKR/DAP DAN CALON-CALON YANG MENDOKONG PERJUANGAN BA.

Jangan takut sesungguhnya Allah bersama kita…

Satu Respons

  1. Politik malaysia sekarang ni makin menarik…
    bersama kita tonton….:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: