Toleransi Agama Dalam Islam

ISLAM tidak membezakan darjat atau keturunan, miskin atau kaya kerana manusia adalah sama di sisi Tuhan. Yang berbeza ialah amalan dan ibadatnya, bukan pangkat dan harta bendanya.

Islam juga tidak pernah menghalang umatnya menjalin hubungan dengan manusia lain yang berlainan kepercayaan agama.

Di sinilah wujudnya toleransi agama dalam Islam.

Dalam perkara ini Islam memberi garis panduan agar pergaulan dalam masyarakat itu wujud dalam bentuk keluarga besar yang saling membantu dan tahu tanggungjawab masing-masing.

Islam juga memberi panduan bahawa dalam masalah hukum dan yang berkaitan dengan akidah, tidak ada tolak ansur, tetapi dalam pergaulan perlu ada tolak ansur bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmoni.

Saling menghormati adalah amalan yang diajarkan Islam dengan tidak mengira suku kaum dan kepercayaan.

Ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

*Hai orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang diperolok-olokkan, dan jangan kamu mencela dirimu sendiri (yang dimaksudkan mencela sesama mukmin), dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk sesudah (mereka) beriman dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang yang zalim.* (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Ayat ini menunjukkan ada empat faktor penting untuk mewujudkan toleransi dan tidak boleh dilakukan terutama bagi orang mukmin iaitu:

– Dilarang memburukkan dan mencari keburukan orang lain, Ini kerana dengan perbuatan itu hakikatnya kita sendiri yang tidak baik.

– Dilarang kaum wanita memperolok-olokkan sesama mereka. Dalam ayat ini dikhususkan kepada kaum wanita kerana kejadian ini banyak berlaku ke atas kaum hawa. Kaum wanita tinggi emosi hingga ada ketikanya sukar membezakan antara yang baik dan membahayakan.

– Dilarang kita memanggil orang lain dengan gelaran yang menyakitkan hati atau dengan gelaran yang tidak baik. Ini kerana perkara begini sering membawa kemungkaran dan pertengkaran.

– Dilarang kita mencaci sesama mukmin dan Muslim kerana mencaci dan mencela adalah perbuatan syaitan. Perbuatan ini selalunya tidak disedari kerana sudah terlalu biasa. Kita boleh menegur dan membetulkan kesalahan dengan cara yang baik, bukannya dengan mencaci dan mencela.

Malah kita juga dituntut untuk menegur kesilapan seseorang lain secara bijaksana atau berhemah. Ini kerana Islam sangat mementingkan penjagaan maruah atau air muka pihak yang ditegur supaya ia tidak memusuhi Islam, sebaliknya dapat melihat keindahan Islam itu.

Berdasarkan empat faktor yang ditentukan oleh Tuhan sebagai peringatan kepada manusia, khususnya umat Islam ini, jelas bahawa Islam mahu umatnya mengutamakan toleransi dan mahabbah (cinta mencintai) sesama insan. Jika keempat-empat faktor ini dipelihara, insyaAllah akan terciptalah satu masyarakat yang saling sayang menyayangi.

Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud:

*Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. *Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? *Maka tentu kamu berasa jijik, dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.* (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa kita diharamkan mencari kesalahan orang lain. apa lagi mempunyai perasaan buruk sangka atau mengumpat.

Firman Allah lagi, yang bermaksud:

*Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. *Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan maha mengenal.* (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Maksudnya, semua manusia itu pada hakikatnya adalah sama, tidak mengira sama ada berlainan bangsa, warna kulit atau bahasa.

Di sisi Allah, tinggi rendahnya pangkat dan kekayaan tidak menjadi kiraan. Sebaliknya, keimanan dan ketakwaan yang menentukan buruk baiknya seseorang umat itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: