Pantun Seloka

Dari jauh aku datang

Tapi bukan dari seberang

Berbadan besar berdada bidang

Akulah Rahman pemuda Limbang

.

Hisap rokok tembakau cina

PC rosak serah padanya

Berjanggut panjang diam orangnya

Itulah dia Abang Razil kita

.

Berdarah Melayu kacuk Pakistan

Jual karpet bukan pekerjaan

Bertanggungjawab lagi patuh arahan

Ketua Kelas Encik Wahab budiman

.

Berkaca mata senyum gembira

Menghisap rokok ada gayanya

En Abu orangnya tidak berkira

Duit makan takde duit rokok ada

.

Dari Melaka ke Kuala Lumpur

Membawa semangat tidak luntur

Test dan final perlu di tempur

Harap Encik Azizi tidak mengelupur

.

Setiap minggu balik kota

Balik KL senyum semula

Menjadi payung setiap masa

Azmi kata takde apa

.

Beli songket di Bandar Cukai

Songket dibuat dari gentian

Baju kebaya selalu dipakai

Maya selalu jadi perhatian

.

Membeli barang di Jaya Jusco

Barang dibeli sangatlah terhad

Prinsip diri tiada yang can’t go

Lelaki sejati itulah Faizal Ahmad

.

Bergaya ringkas mudah sekali

Membaiki komputer hobi sendiri

Suka mengalah bukan tanda lemah

Itulah Mod tanda berhemah

.

Pergi berurut dengan Pak Awang

Dalam biliknya penuh sawang

Bab makan tak tunggu peluang

Encik Faizal Paiman dari Kluang

.

Kecil-kecil cili padi

Membuat lawak sentiasa menjadi

Nizam punya hajat sendiri

Lawan PS2lah siapa berani

.

Kadang ustaz kadang haji

Orangnya sungguh baik hati

Misteri nusantara pilihan hati

Biasa digelar Abang Jaki

.

Tingkat 5 tingkat 11

Tingkat 5 juga jadi pilihan

Ke Bukit Jalil bersukan bebas

Kata Azan untuk cergas badan

.

Suara kuat memecah sunyi

Longhat Kelantan molek sekali

Makanan selalu disisi

Itulah Liza yang baik hati

.

Berwatak ceria lagi gembira

Barapa mau pakai itu ayatnya

Pemain bola harapan bangsa

Itulah azam Encik Midi kita

.

Tak boleh tahan itulah ungkapnya

Berbadan besar umur muda

Membuat watak itu tugasnya

Kata Hisham gurau saja

.

Campur tolak bahagi kali

Buat kira kira makan maggi

Pandai belajar rajin sekali

Encik Rosman masih bujang lagi

.

Berbadan tegap lagi sasa

Berkaca mata nampak serinya

Yang penting MS itulah targetnya

Siapa lagi Encik Sly kita

.

Makan keropok dengan pencecah

Pencecah bernama udang galah

Bertubuh kecil lagi lincah

Siapa lagi kalu bukan Faridah

.

Watak pendiam rendah diri

Itulah gaya seorang puteri

Intan Syafinaz bukanlah penyanyi

Tapi sekadar penghibur hati

.

Pergi kelas naik Modenas

Modenas dipandu dengan pantas

Hajat dihati nak skor A plus

Itulah Ishak bersuara emas

.

Lagu jiwang bukan pilihan

Cerita seram menjadi agenda

Dodak ayam menjadi makanan

Itu Jainuddin punya cerita

.

Hendak tangkap si ikan keli

Salah tangkap ekor buaya

Berfesyen baru indah sekali

Cik Ju kita pandai bergaya

.

Buat tapai guna ragi

Orang tua selalu mengomel

Bahasa Sabah tak ubah lagi

Itu dia Kak Ani yang comel

.

Saudagar Arab menjual sari

Sari dijual bersama celak

Tuan Syed nama diberi

Suka belajar dan rajin bergelak

.

Gadis cina berbaju Melayu

Menjadi tarikan setiap masa

Pasal study nombor satu

Bagi soalan Yoeh settle punya

.

Setiap kata penuh nasihat

Nasihat berguna membawa berkat

Kelas Sabtu mudah dilihat

Encik Mat kita penghulu hebat

7 Respons

  1. Bangun pagi suasana sunyi
    Cahaya sinar semakin berseri
    Bulan merdeka menjelang lagi
    Nak kemana cuti ni??

    jawap..jawap.

  2. Bangun pagi suasana sunyi
    Cahaya sinar semakin berseri
    Bulan merdeka menjelang lagi
    mari kita ke Langkawi!!!!!

    “ari tu pegi tak dapat naik kabel car laaaaaaa….”

  3. Pagi pagi makan roti
    Makan bersama Abang Jaki
    Kalau tak tau mana nak pegi
    Apalagi tidorlah sampai dinihari

  4. Minum teh setiap pagi.
    Mari pekena di kedai bismillah
    Macam manalaa saya nak bercuti
    Anak kembar saya banyak dirumah

  5. Minum teh setiap pagi.
    Mari pekena di kedai bismillah
    Anak kembar tiada masalah
    Hang kasi depa susu mesti settle punya.

  6. Bulan puasa bulan mulia
    makan minum mesti dijaga
    Hari Raya menjelang tiba
    Tahun ni raya belah mana..

    *bawak bincang, jgn gaduh2 haa…

  7. bulan syawal menjelang lagi,
    rasa riang tergambar dihati,
    raya tahun ni sbelah si isteri,
    kalau tidak…ngamuk dia nanti…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: